Tahniah MH Online ucapkan buat pengacara program '3R', Tini apabila dia kini sedang hamil anak kedua.  Dia yang ditemui sebentar tadi memberitahu yang usia kandungannya sudah mencecah mencecah lima bulan.

"Alhamdulillah, saya anggap ini satu rezeki buat saya dan suami.  Di awal kehamilan, saya sering mengalami alahan, muntah-muntah dan cepat letih.
 
"Walaupun hamil tetapi saya masih aktif dengan pelbagai kerja.  Saya berdoa semoga semuanya akan selamat nanti.  Walaupun anak kedua, saya masih berdebar menanti kelahirannya," ujar Tini yang ditemui di majlis pelancaran 'Hijabista TV' bertempat di Botanical Bangsar Village.
 
Dapat dilihat juga, wajah Tini begitu berseri-seri.  Tambahnya lagi, dia begitu gembira dan tidak sabar menanti cahaya mata keduanya.