Ekoran daripada pendedahan tentang perkahwinan pelakon Aeril Zafril dan Wawa Zainal dalam sebuah akhbar sisipan Ahad lalu, Media Hiburan Online cuba mendapatkan penjelasan darpada Aeril sendiri. 
 
"Pada waktu ini saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut kerana ia berkaitan hal peribadi saya sedangkan saya berada di sini pada hari ini untuk menjalani penggambaran drama 'Cinta Mat Semperit'.
 
"Segala persoalan yang timbul berikutan kontroversi yang berlaku ini akan saya jawab satu persatu dalam satu sidang media khas yang akan diadakan pada petang jumaat ini. InsyaAllah Wawa juga akan ada bersama," ujar Aeril yang ditemui di lokasi drama ini. 
 
Tambah Aeril lagi, dia tidak pernah melarikan diri atau mengelak daripada memberikan kerjasama kepada pihak media. 
 
"Berdiam bukan bererti bersalah atau tidak benar. Saya ada hak untuk berdiam diri. Saya tidak kisah dengan apa pun pandangan orang terhadap saya. Apa yang pasti, segala persoalan akan terjawab apabila tiba masanya. 
 
Sementara itu, pengurus Aeril, Shariman Wahab yang turut ada bersamanya mencabar mana-mana pihak membawa bukti yang diperkatakan ke sidang media itu nanti.