Program realiti terbaru terbitan Astro, 'Fear Factor Selebriti Malaysia' yang mula bersiaran pada 29 Disember lalu bakal menemui peminat di Pulau Mutiara menerusi acara Zon Fear Factor. 

Program ini akan berlangsung pada 12 dan 13 Januari di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. 
 
Antara selebriti yang terlibat seperti Farish Aziz, Alif Hadi, Roslan Shah, Dazrin Kamarudin, Hairul Azreen, Dafi, Zoey, Atu, Zawen dan Mejar Faiz. Kesemua selebriti ini merupakan peserta dalam 'Fear Factor Selebriti Malaysia'.
 
Di acara ini juga, peminat yang hadir berpeluang untuk mengatasi ketakutan mereka menerusi pelbagai cabaran yang disediakan.
 
Program yang diadacarakan oleh Aaron Aziz menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).