Blog hiburan terkenal Hollywood, Perez Hilton sekali lagi menampilkan penyanyi popular Malaysia, Yuna, yang muncul dengan lagu terbarunya 'Lullabies'. Ini adalah kali kedua Yuna berjaya menarik perhatian selepas lagu kumpulan Nirvana, 'Come As You Are' yang dinyanyikan semula turut mendapat liputan meluas di Amerika.

Yuna bakal tampil dengan album terbaru, 'Yuna' untuk pasaran antarabangsa pada 24 April ini. Dalam perkembangan lain, Yuna bakal menjadi artis Malaysia pertama yang berpeluang membuat persembahan dalam festival muzik terkenal dunia, Lollapalooza 2012 yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos depan.

Tahniah MH Online ucapkan kepada Yuna atas kejayaan yang diraih setakat ini. Dengan usaha yang lebih gigih, tentunya lebih banyak kejayaan yang akan ditempa pada masa hadapan.