Selepas muncul dengan single 'Terukir Ke Bintang', penyanyi yang sedang mengembangkan sayap ke Amerika, Yuna kembali melancarkan single Inggeris terbarunya berjudul 'Live Your Life' hasil ciptaan  komposer terkenal Amerika, Pharell Williams. Lagu ini dipetik daripada album Inggeris terbaru Yuna yang dijangka akan berada di pasaran pada April ini.