Berita baik untuk peminat setia kumpulan The Cranberries. Kini anda berpeluang untuk menyaksikan persembahan mereka di Malaysia. 'The Cranberries Live In Malaysia 2012' yang berlangsung pada 4 April ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, jam 8.30 malam.

Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga bermula RM110, RM170, RM220, RM230, 28o dan RM300. Maklumat lanjut mengenai tiket konsert ini boleh hubungi TicketCharge di talian 03-92228811.

The Cranberries yang berasal dari Ireland ini dianggotai oleh Dolores O'Riordan, Fergal Lawler, Noel Hogan dan Michael Hogan telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan terkenal dengan lagu-lagu seperti "Zombie", "Dreams", "Ode To My Family", "Salvation", "Linger", "Animal Instinct" dan banyak lagi.