Selepas melancarkan klip video untuk lagu 'La Illaha Illallah' yang dipetik daripada album Zikir Terapi Diri, Hafiz Hamidun sekali lagi mengubat kerinduan peminat dengan melancarkan klip video terbaru untuk lagu 'Astaghfirullah'. Album Zikir Terapi Diri dijual pada harga RM19.90 dan boleh didapati di kedai-kedai buku agama dan kedai muzik di pasaraya-pasaraya seluruh negara.


