SUM 41 yang dianggotai oleh 4 orang anak muda iaitu Deryck Whibley, Tom Thacker, Jason McCaslin, dan Steve Jocz buat pertama kalinya bakal mengadakan persembahan di negara ini pada 14 April ini.

'SUM 41 Live Im Malaysia' yang akan berlangsung di Kl Live adalah bersempena rangka mempromosikan album terbaru mereka berjudul 'Screaming Bloody Murder' yang telahpun dilancarkan pada hujung tahun lepas.

Lebih menarik, kumpulan Bunkface dan OBS dijadualkan menjadi ‘opening acts’ bagi persembahan mereka kelak.

Tiket-tiket untuk persembahan ini boleh didapati dengan melayari web www.ticketpro.com.my yang dijual dengan harga RM108, RM138 dan RM158 selain boleh didapati di Victoria Music, The Guitar Store dan semua kedai muzik Rock Corner.