Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pelbagai rancangan menarik menerusi TV1, TV2, TVi dan stesen radio RTM sempena sambutan Aidilfitri kali ini. 
 
Menggunakan 'tagline' 'Raya Kita', RTM tidak hanya menekankan rancangan hiburan semata-mata, malah menonjolkan rancangan yang mempunyai mesej tersirat dan tersurat dengan tidak mengabaikan nilai-nilai murni dan keagamaan, adat serta budaya masyarakat terutama dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri. 
 
Berikut adalah susunan rancangan Hari raya yang akan disiarkan menerusi TVi, TV1, TV2 dan stesen radio RTM.
 
Program TV
 
TV1
 
Kesyukuran mengakhiri Ramadan diserikan saluran TV1 yang tampil dengan ‘tagline’ Warnai Aidilfitri di TV1’ dengan menyediakan genre rancangan khas raya seperti bicarawara, kanak-kanak, agama, muzikal, telemovie dan sebagainya. TV1 menghidangkan tujuh telemovie, lapan muzikal, dua  program kanak-kanak, enam program majalah/dokumentari, dua program bicarawara dan lima program retro dan rancangan keagamaan. 
 
Rancangan raya TV1 dimulakan dengan 'Siaran Langsung Gema Takbir', hiburan Islam terbitan JAKIM pada malam raya pukul 9.30 malam. Kemudian diikuti dengan 'Siaran Langsung Solat Sunat Aidilfitri Dari Masjid Negara' pada keesokan harinya. Saksikan Bicarawara Khas Raya : Forum Perdana Ehwal Islam pada 8 Ogos pukul 9.00 malam dengan tajuk Syawal Yang Dirai bersama moderator Dr. Ridhwan Tee Abdullah dan penceramah jemputan Ustazah Dr. Sharifah Hayati, Ustaz Zambri Shafik dan Ustaz Kamarudin Omar.
 
Lapan program muzikal terbitan RTM menghiburkan penonton yang menampilkan artis-artis terkenal dan tidak ketinggalan artis veteran Datuk M.Daud Kilau, Mariani, Mimi Loma, Rosmaria dan barisan artis baharu seperti Najwa Latiff, Ainan Tasneem, Forteen dan ramai lagi. Saksikan Konsert Emas Eksklusif Orkestra RTM - Datuk Yusni Hamid pada 9 Ogos, pukul 9.00 malam yang merupakan penghargaan kepada Datuk Yusni sepanjang beliau bergelar penyanyi.
 
Rancangan Raya Sama-Sama pada 10 Ogos, pukul 9.00 malam pula membawa konsep 'rumah terbuka' di mana artis baru dan lama digandingkan.yang menariknya rancangan ini menampilkan penyanyi asal lagu raya klasik lama seperti Rosmaria, Junainah M.Amin, Gaya Zakry dan ramai lagi. 
 
Dentum Raya bersiaran pada 10 Ogos, jam 2.00 petang menghimpunkan lima kumpulan muzik yang pernah dinobatkan sebagai juara dan juga finalis dalam pertandingan Rentak Juara terbitan RTM. Mereka ialah NRG - Naib Juara 'Rentak Juara' Tahun 2004, Fenomena - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2006, Aisunam - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2008, E6 - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2010 dan Alternature - Finalis 'Rentak Juara' 2010. Turut bersama mengiringi persembahan mereka ialah Ernie Zakri (Juara Bintang RTM), Puteri Caroline (Juara Mentor), Rina Azhar (Juara Bintang RTM), Tasha Manshahar (Youtube) dan Tom (Juara My Star LG). 
 
Kelainan ditonjolkan dalam program Sorak Lebaran pada 10 Ogos, pukul 6.00 petang. Ia mengetengahkan atlet negara seperti Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat), Bryan Nickson Lomas (sukan terjun), Farah Ann (gimnastik) dan Rizal Tissin (basikal) berhari raya. Menyusul kemudiannya dua rancangan Kanak-Kanak iaitu Senyum Kambing pada 8 dan 9 Ogos, pukul 6.30 petang dan  Muzikal Anak Dunia pada 11 Ogos, pukul 6.00 yang memfokuskan tentang ekspresi kanak-kanak dalam menterjemahkan kasih sayang. Tidak ketinggalan rancangan khas untuk remaja, Xpresi Kembara  Raya, XKGIG  pada 10 Ogos, pukul 12.05 tengah hari dan Fulus pada 8 Ogos, pukul 2.00 petang.
 
Slot Panggung Raya dimeriahkan dengan tayangan drama Suatu Malam Di Malam Raya (8 Ogos; 12.35 tengah malam), Alahai Cucu Atuk (8 Ogos; 10.00 pagi), Ramadan Jangan Ambil Nyawaku (9 Ogos; 10.00 pagi),  Siapa Aku Di Hatimu (11 Ogos; 9.00 malam) dan Chombi Kecom (11 Ogos; 10.00 pagi). Telemovie-telemovie ini sarat dengan nilai kasih sayang dan nilai-nilai murni dengan membariskan pelakon terkenal seperti Salina Saibi, Hamdan Senario, Sheila Mambo, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Radzali Buyong, Farahdhiya, Memey Suhaiza dan Didie Alias. 
 
Pastikan juga anda berhibur dengan Rancangan Retro Raya pukul 12.30 tengah malam mengetengahkan rancangan Pancawarna Siti Nurhaliza (1999) pada 9 Ogos, Manis-Manis Lebaran (2005) pada 10 Ogos menampilkan artis Siti Nurhaliza, Syura, Tomok, Bob AF, HMI Erra Fazira (1997) pada 11 Ogos dengan penampilan artis Siti Nurhaliza , Erra Fazira, Elji, Getaran  Aidilfitri pada 12 Ogos dan Temasya Aidilfitri (2000) pada 13 Ogos bersama artis Tok Ki, Izat, Izam, Azura, Anis, Norhaniza Idris dan Zaleha Hamid.
 
TV2
 
Hari Raya 2013, TV2 telah memilih ‘tagline’ Riuh Raya dan pelbagai filem hebat akan memenuhi ruang istirehat penonton menerusi saluran TV2 antaranya Papadom (7 Ogos; 11.30 malam), Selamat Pagi Cinta (8 Ogos; 2 petang), Ombak Rindu (8 Ogos; 10.30 malam), Duyung (9 Ogos; 2 petang) dan Madagascar (9 Ogos; 11.00 malam). Menyusul kemudiannya filem Bunohan (10 Ogos; 10.30 malam), Gangster (11 Ogos; 4.30 petang), Mantera (11 Ogos; 11.00 malam), Ratu The Movie (12 Ogos; 2.00 petang), Karipap-Karipap Cinta (13 Ogos; 2.00 petang), Zombi Kampung Pisang (13 Ogos; 10.00 malam), Tentang Bulan (14 Ogos; 2.00 petang) dan Persona Non Grata (15 Ogos; 2.00 petang).
 
Filem Inggeris box office di TV2 pukul 10.00 pagi pula membariskan filem Shark Tale (14 Ogos), Antz (15 Ogos) dan Up (17 Ogos). Menyusul School Break Special Raya, jam 10.00 malam mengetengahkan filem Lord Of The Rings : The Fellowship of The Rings (16 Ogos), Lord Of The Rings : The Two Towers (17 Ogos) dan Lord Of The Rings : The Return of The King (18 Ogos). Menerusi slot Golden Dragon Khas Raya saksikan filem Neighbours pada 15 Ogos, pukul 10.00 malam dan satu-satunya filem Bollygood bertajuk Om Shanti Om disiarkan pada 14 Ogos, pukul 10.00 malam. 
 
Empat drama menarik turut dijanjikan bermula drama komedi raya, Murai Pak Murad (8-10 Ogos; 7.00 malam), Barakah (9 Ogos; 9.00 malam), 4 Beradik (10 Ogos; 9.00 malam) dan Bapa-Bapa Aidilfitri (10 Ogos; 2.00 petang) lakonan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Mamat Sepah, Shakilla Koriri, Jon Raja Lawak, Man Belon dan Nor Azilah mengisahkan tiga orang bapa terdiri daripada Pak Wira, Pak Ngok dan Pak Pon yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka rasa terpinggir oleh anak masing-masing dan pada tahun ini berhasrat menyambut Hari Raya bersama anak-anak. Namun satu peristiwa yang menyayat hati telah berlaku yang berkesudahan dengan seribu erti kebahagiaan.  
 
Riuh Raya di TV2 dilengkapkan dengan program hiburan terbitan RTM menampilkan artis-artis terkenal dalam Akustika Syawal (7 Ogos; 9.30 malam), Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza (8 Ogos; 9.00 malam), Konsert Nyanyian Serambi Ramli Sarip (11 Ogos; 9.00 malam), Candawara Raya : Yang Luar Biasa (9 Ogos; 5.00 petang) dan dua Muzikal Kanak-Kanak, Juara Raya (8-11 Ogos; 10.00 pagi) dan 1 Bulan 3 Bintang (8-13 Ogos; 10.30 pagi). 
 
 
TVi (Saluran 180 Astro)
 
Tampil dengan ‘tagline’ Syawal DiHati, TVi pula memenuhi citarasa penonton dengan kelainan program radio interaktif persembahan empat stesen radio RTM secara langsung dari Angkasapuri menerusi Saluran TVi, eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu i Nasional (8 Ogos; 9.15 pagi), KL Aktif (12 Ogos; 9.15 pagi), i Bagus Bah (13 Ogos; 9.15 pagi) dan Sarawak Aktif (14 Ogos; 9.15 pagi).
 
14 telemovie khas Syawal turut disiarkan mengisi slot Wayang-i, pukul 12.00 tengah hari iaitu Untung Atas Angin (5 Ogos), Bahulu Celup (6 Ogos), Hijabista Kampung (7 Ogos), Man Jenggo (8 Ogos), Apabila Aidil Jumpa Fitri (9 Ogos), Chef Aidilfitri (10 Ogos), Syawal Buat Abang (11 Ogos), Rembau Ada Wifi? (12 Ogos), Tukang Jahit Tak Raya (13 Ogos), JBS 51 Kereta Cikgu Rizwan (14 Ogos), Buluh, Baju & Baba (15 Ogos), Sejernih Taubat Syawal (16 Ogos), Raya Yang Paling Raya (17 Ogos) dan Tutty Polka Dot (18 Ogos). Menariknya telemovie-telemovie yang disiarkan sepanjang Syawal ini dibintangi artis terkenal tanah air selain bermacam plot kisah berbeza dalam merancakkan sambutan Aidilfitri.   
 
Dalam slot Skrin-i menyiarkan drama muzikal bersiri tujuh episod, Akhirnya Siti Umbrella Balik Kampung mulai 6 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.00 petang.   
 
Saksikan tiga rancangan hiburan muzikal khas raya mengisi slot Hoorey-i iaitu Cinta, Cinta, Cinta; komedi raya mulai 8 hingga 10 Ogos, pukul 8.00 malam dan Konsert: Aidilfitri Di Hati Mempesonakan MELAKAfm-TVi pada 8 Ogos, pukul 9.00 malam; Konsert hiburan khas Hari Raya Aidilfitri kerjasama antara TVi dan MELAKAfm menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Tasha Manshahar, Syed Shamim, Alif Satar, Azlina Aziz, Wann dan Rahimah Rahim di Tapak Pasar Tani UTC, Melaka. Menyusul kemudiannya program kerjasama NASIONALfm dan saluran TVi, Teluk Belanga Selendang Moden pada 9 Ogos pukul 9.00 malam menampilkan pelbagai lagu raya yang dinyanyikan oleh artis-artis baharu dan juga kehebatan suara DJ-DJ radio NASIONALfm mendendangkan alunan lagu raya.  Antara artis yang terlibat Alif Satar, Awie Rafael, Ezlynn dan Syed Shamim.
 
Tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik, TVi turut menyiarkan rancangan aktiviti amal saluran TVi bersama mereka menerusi dua episod program i@Hati Khas Raya pada 10 dan 11 Ogos di mana mereka mengunjungi Rumah Harapan Gulau, Sik, Kedah dan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin, Melaka. Saksikan Muaz dan Aisha BRTM membantu membuat persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Rumah Harapan Gulau disertai Sofian Bujang, Eyeja Arshad, Alif Kadim dan Arnizam. Manakala menerusi episod berikutnya menyaksikan Alif Satar, Tasha Manshahar dan Syed Shamim bersama ikon-ikon TVi seperti Sonic Hussien, Eyeja Arshad, Alif Khadim dan Seri Nabila meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan warga pusat tersebut.
 
 
Program Radio
 
Dalam menyambut Aidilfitri tahun ini stesen radio RTM turut menjanjikan rancangan-rancangan menarik untuk pendengar setia salurannya menerusi stesen radio NASIONALfm, KLASIK NASIONAL, KLfm, TRAXXfm, ASYIKfm, AIfm dan MINNAL fm. 
 
NASIONALfm menyediakan rancangan Konsert Telok Belanga Selendang Moden terbitan bersama TVi yang menjalani rakaman di Menara Kuala Lumpur dan ke udara pada Hari Raya Pertama dan Kedua, pukul 2.00 petang dengan membariskan artis seperti Ezlynn, Awie Rafael dan Aliff Satar selain persembahan istimewa oleh penyampai-penyampai NASIONALfm seperti Nadia, Muaz, Dian dan ramai lagi.  
 
Salam lebaran Dari Tanduo iaitu program hiburan kerjasama NASIONALfm, TAWAUfm, Seksyen Ehwal Semasa TV, ESSCOMM dan Pejabat Ahli Parlimen Silam yang disiarkan pada Hari Raya Pertama dan Kedua, pukul 9.15 malam dengan menampilkan hiburan artis-artis seperti Nubhan dan Mila bersama-sama penyampai NASIONALfm iaitu Muaz dan Dian. 
 
Turut mengisi slot hiburan Hari Raya Pertama dan Kedua, pukul 9.15 malam iaitu Konsert Mutiara Kasih NASIONALfm; program hiburan sambil beramal dengan kerjasama Kelab Proton Perdana (PROPERD) yang meraikan anak-anak yatim melalui aktiviti seperti penyampaian motivasi dan Qasidah oleh Qariah, Datin Seri Hajah Syarifah Kashif Fadzilah selain turut menampilkan artis seperti Nora, Yabang Khalifah dan Dani Hasbullah. 
 
Pendengar juga berpeluang berhibur dengan dua Drama Khas Aidilfitri bertajuk Syawal Yang Dinanti pada Hari Raya Pertama, pukul 12.30 tengah hari; kisah kekeluargaan yang mengangkat nilai kasih sayang antara mentua dan menantunya yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Darling Ngasri, Rozie Rashid dan Rastman Amit. Seterusnya Drama Khas – RTM/RTB/RRI bertajuk Bukan Begini Caranya pada Hari Raya Ketiga, pukul 12.15 tengah hari. Ia mengisahkan hubungan cinta pasangan suami isteri yang terpisah akibat satu kejadian buruk yang berlaku. Kisah cinta antara negara ini akhirnya terungkai oleh anak-anak mereka sendiri yang mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedarah sedaging.
  
Menerusi KLASIK NASIONAL pula berhibur dengan lima rancangan menarik bermula Hari Raya Pertama dengan program Jenaka Ria Aidilfitri, pukul 12.10 tengah hari; sketsa keluarga dan nyanyian berkonsepkan hari raya oleh artis-artis jemputan seperti Imuda, Os, Ebby Yus dan Abon selain juga penyanyi 80an seperti Rohayu Majid dan Ibnor Riza. Seterusnya Konsert Masihkah Kau Ingat (MKI) Raya, pukul 2.00 petang; nyanyian dan lawak jenaka berkonsepkan Hari Raya oleh artis-artis veteran seperti Junainah M Amin dan A Rahman Onn. 
 
Menyusul Hari Raya Kedua dengan Dendang Keluarga, pukul 12.10 tengah hari; program nyanyian lagu-lagu raya disampaikan oleh penyampai-penyampai hebat dari KLASIK NASIONAL antaranya Nurul Amelin Idrus, Shela Baharudin dan Ady Swardi bersama Sahabat KLASIK NASIONAL dan Hari Raya Ketiga pula dengarkan program Berbalas Pantun RTM/RTB/RRI, pukul 12.15 tengah hari. Kemudiannya Hari Raya Keempat berhibur dengan program Karaoke Raya Klasik, pukul 12.05 tengah hari yang berkonsepkan pertandingan lagu-lagu raya malar segar oleh para pendengar setia KLASIK NASIONAL.  
 
Stesen KLfm turut menambah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan menampilkan program hebat seperti Syoknya Raya @ KLfm 2013 - Sakan Raya…Lagi Syok, Hari Raya Pertama, pukul 2.00 petang; merupakan program hiburan yang diterbitkan dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Mini konsert ini yang akan turut disiarkan di saluran TVi menampilkan artis seperti Ali XPDC, Ainan Tasneem dan Suki. Program 2R (Ramadan Seribu Bulan, Raya Kembali ke Fitrah) pula forum agama ke udara sepanjang Syawal setiap Jumaat, pukul 2.30 petang membincangkan tentang kerahmatan Syawal bersama panel jemputan iaitu Ustaz Fauzi Mustafa seorang pendakwah bebas dan pakar motivasi, Ustazah Norlaila Aniza Zakaria dan bersama moderator Ustaz Nabil Ahmad juga turut diselang-selikan dengan persembahan nyanyian nasyid oleh Hafiz Hamidun.
 
Ia diikuti program Salam Perantau pada Malam Hari Raya Pertama, pukul 9.00 malam; rancangan interaktif bersama penyampai Kzie yang menyiarkan ucapan Hari Raya secara langsung pelajar Malaysia yang berada di luar negara dan program Gema Raya @ KLfm; program hiburan yang menyelitkan lagu raya popular dan puisi-puisi bertemakan Aidilfitri dan dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim sebagai jemputan. Antara artis yang menjayakan program ini seperti Zur Eda dan Farah Wahida yang bersiaran Hari Raya Kedua, pukul 2.00 petang.      
 
KL Aktif Khas Edisi Raya pada Hari Raya Kelima pukul 9.00 pagi pula menampilkan barisan penyampai KL Aktif iaitu Sonic, Aen dan Nazrie berhari raya bersama pendengar yang dirakamkan di Prince Hotel & Residence bersama pendengar KLfm dan artis popular seperti Najwa Latiff dan I am Nita yang disiarkan juga menerusi TVi. 
 
MINNALfm, stesen radio berbahasa Tamil turut menyediakan beberapa program menarik terbitan JAKIM bermula pada Malam Raya, program bual bicara bertajuk Menyambut Syawal, pukul 9.15 malam yang menampilkan empat orang wanita India Muslim berbeza negara iaitu Malaysia, Sri Lanka, Hong Kong dan Thailand yang kini menetap di Malaysia berkongsi pengalaman hidup menyambut raya di perantauan dan kehidupan sebagai seorang Muslim.   
 
Dua program bual bicara menyusul iaitu Forum Mencari Keampunan pada Hari Raya Pertama, pukul 12.30 malam di mana forum ini menampilkan penceramah bebas seperti Ustaz Jawhar Hussain dan Ustaz Ghulam diikuti program Anak Yatim Berhari Raya pada Hari Raya Kedua, pukul 9.30 malam yang berkongsi pengalaman anak-anak yatim menyambut kedatangan Syawal. Program ini akan membuat liputan di beberapa buah rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang dan kerjasama Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Puchong Selangor.
Drama khas bertajuk Anugerah Allah akan disiarkan pada Hari Raya Pertama, pukul 7.30 malam mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal yang miskin namun tidak pernah mengharapkan sebarang bantuan daripada orang ramai. Dia hanya mengharapkan dari keredhaan Allah sahaja. Drama penuh keinsafan ini menampilkan pelakon drama radio seperti Hajah Zaiton, Rashidah Begum dan Abdul Ghani. 
 
Stesen berbahasa Inggeris TRAXXfm pula mengadakan siaran secara langsung rancangan Titian Muhibah bersama RTB pada Hari Raya Pertama, pukul 8.15 malam di mana penyampai kedua-dua stesen berkongsi maklumat tentang sambutan hari raya di negara masing-masing. Dengarkan juga program sketsa pendek Open House, gelagat kemeriahan masyarakat Malaysia di rumah terbuka. Sketsa ini bersiaran pada 29 Julai 2013, dua kali sehari menampilkan pelakon daripada kalangan penyampai segmen Morning Zoo seperti Kevin, Isabell dan The Green Man dan di sebelah petang pula sketsa mengenai juadah hari raya dibintangi oleh penyampai-penyampai segmen Traffic seperti Double D, Roundhead, Amoi Chanteq dan Yogee The Legend. Berikutnya program Twitter Shout Out program secara langsung interaksi bersama pendengar-pendengar TRAXXfm berkongsi kemeriahan Aidilfitri bertemankan penyampai-penyampai Morning Zoo seperti Kevin, Isabell dan The Green Man yang disiarkan pada Hari Raya Pertama dan Kedua, pukul 8.00 pagi. 
 
Dua program menarik dijanjikan AIfm untuk pendengar berbangsa Cina seperti Drama Khas Hari Raya bertajuk Balik Kampung yang membawakan kisah pengajaran mengenai hidup seorang bekas penagih dadah bernama Adam yang disiarkan sebanyak empat episod pada 5, 6, 12 dan 13 Ogos, pukul 1.15 pagi. Drama membawa seribu pengertian ini menampilkan para pelakon seperti Teo Chin Chew dan Hoong Siew Wei. Dengarkan juga sketsa bertajuk Kasih Sayang di 89.3 mengisahkan dua orang sahabat menyambut lebaran di rumah orang-orang tua. Sketsa ini akan disiarkan pada 7 dan 8 Ogos, pukul 1.15 pagi. Menariknya sketsa ini menampilkan pelakon-pelakon daripada kalangan penyampai-penyampai AIfm seperti Chin Kok Chun, Eddie Lai dan Choo Seow Fun. 
 
Stesen radio ASYIKfm popular di kalangan masyarakat Orang Asli juga tidak terkecuali menyediakan program khas iaitu program drama khas bertajuk Cahaya Dalam Kegelapan pada Hari Raya Pertama, pukul 8.30 malam yang mengisahkan perpecahan dalam keluarga akibat perkahwinan yang tidak direstui. Bakat-bakat lakonan daripada kalangan masyarakat Orang Asli sendiri. 
 
Berhibur dengan program Jamming Rentak Genen Raya Bersama DJ-DJ ASYIKfm; persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya dan lagu-lagu moden Orang Asli yang disampaikan oleh penyampai-penyampai ASYIKfm seperti Kamel, Linda, Dida, Kathy dan artis tempatan seperti Yusri Nada Maya, Md Zain bersama muzik iringan oleh kumpulan Genrai. Rancangan hiburan ini ke udara pada Hari Raya Kedua, pukul 3.30 petang.