Bermula 27 September hingga 3 November ini, TV1 akan menganjurkan Kuiz Rembat Sampai Gol..! bagi menghangatkan lagi tontonan perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia serta menghargai peminat-peminat bola sepak tempatan untuk terus setia bersama RTM. 
 
Kuiz utama adalah berdasarkan kepada perlawanan suku akhir , separuh akhir dan peringkat akhir. Setelah mengumpul satu soalan dalam sepak mula dan soalan dalam siaran langsung perlawanan Piala Malaysia, penonton boleh menghantar jawapan menerusi email secepat mungkin di rtmrembatsampaigol@gmail.com. Penonton yang menghantar jawapan yang paling cepat dan tepat akan dikira sebagai pemenang.  
 
Nama pemenang akan diumumkan pada hari perlawanan tersebut menerusi program Wisel Penamat jam 11.30 malam di TV. Para pemenang yang bertuah akan dipanggil dan diumumkan dalam satu upacara penyampaian hadiah yang akan diadakan selepas berakhirnya Piala Malaysia 2013 menerusi rancangan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia.  
 
Para penonton juga tidak ketinggalan dengan menyertai kuiz mini yang bermula 30 September hingga 2 November 2013. Peserta perlu melayari Facebook ‘rembatsampaigol’ untuk mengetahui soalan harian, dan jawapan perlu dihantar ke ‘inbox’ facebook ‘rembatsampaigol’. 
 
Jawapan yang dihantar paling cepat dan tepat dikira sebagai pemenang.  Pemenang akan memenangi sepasang kasut bola atau kasut futsal berserta cenderamata dari Modenas. 
 
Bukan setakat itu sahaja  mulai 19 Oktober, hadiah akan digandakan dan pemenang turut akan memenangi sebiji bola jenama figos.  Keputusan akan diemel kembali kepada peserta dan diumumkan melalui hebahan di Facebook ‘rembatsampaigol’. 
 
Menangi hadiah istimewa sebuah motosikal Modenas Dinamik, Modenas EFI, Modenas GTI 28, Modenas CT100 serta telefon pintar jenama Samsung Note III, kasut Futsal jenama Figos dan banyak lagi. Saksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia , 3 November 2013 dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan menjawab soalan kuiz. Ayuh, kita Rembat Sampai Gol ..!