Program realiti mencari bakat terbitan RTM dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), 'Mimpi Ke Bintang' bakal sampai ke penghujungnya pada 16 Mac ini. 

Rancangan realiti yang diterbitkan untuk mencari bakat dalam pelbagai bidang seperti lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik secara unik dan kebolehan kreatif lain bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri pada jam 9 malam. 
   
Sembilan peserta telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir iaitu The Siblings Band (Kumpulan adik beradik yang bermain alat muzik secara kreatif), Nik The Free Styler (Permainan bola sepak gaya bebas), Zaini Bayang (Ahli Silap Mata Ilusi), Wan Rull Puppet (Boneka dan Lawak Jenaka), Warisan Persada (Keberanian Luar Biasa-Pijak Kaca), Roku Steps (Kebolehan Tarian Api), Three F (Kebolehan aksi skipping dan tali gaya bebas), Aiman Hafiz (Ahli Silap Mata), dan Nobita Kimi (‘Beat Box’- Kebolehan Pelbagai Gaya Suara).
 
Diacarakan oleh Azad Jasmin dan Seri Nabilla peserta akhir berpeluang merebut hadiah utama berjumlah RM 124,000.00.