Sempena menyambut Tahun Melawat Perak 2012, TV3 menampilkan sebuah program travelog terbaru, ‘Jom Terokai Perak’ dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak.

Program yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri ini akan membawa penonton mengembara ke setiap pelusuk negeri Perak Darul Ridzuan yang sememangnya kaya dengan tradisi, sejarah, pelancongan, aneka makanan, seni kebudayaan dan kraftangan.

‘Jom Terokai Perak’ yang akan bersiaran sebanyak 13 episod mulai 12 April lalu bakal memberi idea dan menarik minat penonton untuk mengunjungi negeri Perak kerana dikurniakan dengan pelbagai tarikan semulajadi dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Bersama hos, Maria Tunku Sabri, ‘Jom Terokai Perak’ akan mengembara dan menawarkan pengalaman manis di pelbagai lokasi, antaranya Taman Negeri Royal Belum, Hutan Paya Bakau Matang, Gua Tempurung, Taman Herba Perak, Hot Spring Sungai Klah, Pulau Orang Utan, Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, The Limestone Wonder, Ipoh dan banyak lagi.

Jangan lupa menyaksikan ‘Jom Terokai Perak’ yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri pada setiap hari Khamis jam 5.30 petang, hanya di TV3.