Menggantikan Al-Hidayah, sebuah program bual bicara wanita terbaru iaitu 'Fiqh Wanita' bakal mendedahkan kepentingan pengetahuan fiqh wanita dalam kehidupan sebagai seorang muslimah.
Membuka tirainya sejak 6 Julai lalu, rancangan ini akan menjawab segala persoalan serta memberi penyelesaian kepada para penonton khususnya kaum muslimah untuk menjalani sebuah kehidupan yang lebih baik dan diredhai di dunia mahupun akhirat.
Lebih menarik, program 30 minit ini lebih memfokuskan kepada topik dan isu yang boleh dijadikan panduan dan amalan buat seseorang muslimah dalam meneguhkan iman, taqwa dan kerohanian.
Rancangan ini menampilkan Shadiya Abbas sebagai pengacara akan membincangkan persoalan-persoalan menarik untuk dikupas oleh barisan panelis akademik yang berpengetahuan luas dalam aspek teori dan amali agama Islam seperti Prof. Dr. Zaleha Kamarudin (Rektor UIAM Gombak), Ustazah Asmak Husin (Pensyarah UiTM Shah Alam), Ustazah Noraslina Jusin, Ustazah Nourul Iman Niamat, Ustazah Wan Habsah Wan Ahmad dan Ustazah Norhafizah Musa.
Terdapat pelbagai isu menarik bakal dirungkai menerusi program ini. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesemua Fiqh Wanita pada setiap hari Jumaat, jam 1.00 tengahari di TV3!
'Fiqh Wanita' Jadi Panduan Muslimah Sejati
Tarikh:
- Nazril Idrus Wakli Malaysia Dalam 'The Apprentice Asia'
- Penyatuan Sebuah Keluarga Dalam 'Diari Hatiku'
- Misha, Che Ta & Nora Danish Bersatu Di Pentas Teater
- Meriah Raya Bersama TV Al-Hijrah
- 'Selagi Cinta Berzikir' Akhiri Tribute P. Ramlee
- Dunia Tersembunyi Singkap Kisah Misteri
- ABN Lancar TV Kabel Digital Pertama Malaysia
- Astro Lancar 'Disney XD' 15 September
- Program Cinta Masjid Capai Matlamat
- 2PM Lancar Album 'Best Of'
- 'Rantai Kunci Reban Ayam' Satukan Bill Azali & Shiha Mentor
- Penggiat Seni Negara Terima Anugerah Di Singapura
- Annisa' Kongsi Cerita 4 Sekawan
- Pengorbanan Bapa Dalam 'Freshman Father'
- Johan As'ari Hampir Diliwat!
- Kecacatan Bukan Halangan Dalam 'Salji Untuk Mabel'
- Empat Telemovie Cuti Sekolah Di TV2
- Inang Di Bumi Kerbau Temukan Nasha Aziz & Zulhuzaimi
- 'DJ Station 5' Padat Muzik Rancak
- Yuna Buat Persembahan Dalam Conan
| 20 JUN | ||||
| ARTIS | : | Nicole Kidman, Camelia | ||
| 22 JUN | ||||
| ARTIS | : | Amrish Puri, Stephen Chow | ||
| 23 JUN | ||||
| ARTIS | : | Jason Mraz, Duffy | ||
| 25 JUN | ||||
| ARTIS | : | Karishma Kapoor, Anthony Bourdain | ||


