Menjanjikan program hiburan yang berterusan, Astro Ria bakal membawakan rancangan Masterchef Selebriti Malaysia bermula pada 26 Mei depan menerusi saluran 104.

Bakal bersiaran selama empat minggu selama 28 episod, Masterchef Selebriti Malaysia masih lagi mengekalkan konsep yang sama dengan program Masterchef sebelum ini. Apa yang menarik, barisan selebriti yang terlibat akan mengharungi pelbagai ujian masakan dan kritikan daripada juri pastinya memberi cabaran.

“Masterchef Selebriti Malaysia merupakan program pertama seumpamanya buat saya. Apabila mendapat tawaran, saya terus memberikan persetujuan kerana saya sendiri sukakan bidang masakan. Tetapi tidaklah sehandal chef profesional. Saya ambil peluang ini sebagai cabaran untuk diri sendiri,” ujar penyanyi Sarah Raisuddin.

Selain Sarah, selebriti lain yang turut terlibat dalam program menarik ini ialah Tomok, Karl Shafek, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja dan ramai lagi.

Di samping memasak, selebriti terlibat turut membantu dana-dana kebajikan terpilih yang telah mereka wakili.