Penyanyi terkenal Indonesia Rio Febrian kini muncul dengan album terbaru yang berjudul, 'The Greatest Indonesian Love Songs'. 

Pastinya para peminat setia Rio tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan album terbaik ini di pasaran. Kali ini Rio menyanyikan semula lagu-lagu dendangan mendiang Broery Marantika. Ternyata kelunakan suara Rio menyentuh perasan pendengar dan meruntun jiwa dengan alunan lagu-lagu cinta daripada Rio.
 
Antara lagu-lagu yang pastinya menusuk kalbu tersenarai di dalam album ini, 'Kharisma Cinta', 'Angin Malam', 'Mimpi Sedih', 'lagu Sebelum Berkembang', 'Hati Yang Terluka', 'Before You Go', 'Mawar Berduri', 'Bahasa Cinta', 'Kasihmu Kasihku' dan 'Mungkinkah'.