Sesuatu yang istimewa buat peminat-peminat artis tempatan di mana anda boleh mendapatkan koleksi baju dan barang-barang eksklusif mereka dengan harga yang paling rendah di 'Glam Bazaar'.
Menurut Fouziah Gous selaku perancang projek, bazar ini memberi peluang kepada para peminat membeli-belah sambil beramal.
"Ini program julung-julung kalinya diadakan dengan memberi peluang artis tempatan menjual koleksi barangan peribadi mereka. Idea ini timbul selepas melihat sendiri baju saya yang terlalu banyak di dalam almari.
"Agar tidak membazir, saya terfikir mewujudkan program ini dan dalam masa yang sama mengumpul beberapa lagi rakan artis untuk turut serta. Pasti sahaja bazar ini menjanjikan harga yang cukup istimewa pada harga serendah RM5 hingga RM50," ujar Fouziah.
'Glam Bazaar' dirancang sejak 10 hari yang lalu dan berjaya menghimpunkan koleksi baju dan barangan peribadi artis seperti Sari Yanti, Siti Saleha, Siti Fazurina, Dato' Siti Nurhaliza, Iqram Dinzly, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Aida Khalida, Enot dan Fouziah sendiri.
Program ini akan diadakan pada 3 dan 4 Mac 2012 bermula jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di Glam Garden, Adik Villa, Jalan off Puncak Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.
Membeli-Belah Sambil Beramal
Tarikh:
Artikel Berkaitan
- Datuk K Jalani Fisioterapi Di KL
- Shila Amzah & Dato' Siti Calon Penyanyi Terbaik Dunia
- Suami Dato' Siti Kemalangan, Patah Bahu, Tangan Dan Kaki
- Peluang Miliki Tudung Dato' Siti Nurhaliza
- Iqram Dinzly Tinggalkan JJCM?
- Syatilla Melvin Akui Rapat Dengan Sam
- Ajai & Marsha Ganti Sam & Yana Di Separuh Akhir Muzik Muzik
- Kolaborasi Siti Nurhaliza & AirAsia
- Dato’ siti Nurhaliza Maafkan Pihak Yang Hentam Pakaiannya
- Dato' Siti Nurhaliza Terima Anugerah Bernama Radio24
- "Afiq, Cukup-Cukuplah Aibkan Keluarga" - Zed Zaidi
- "Eina Lupa Nak Cakap ‘Off Record’" - Eina Azman
- Isteri Jimmy Shanley Akui Hamil Anak Luar Nikah
- Leuniey Sudah Berhijab?
- "Saya Kenal Ashraf Sebelum Dia Kahwin Lagi" - Sakinah
- Izzue Islam & Awin Sah Bernikah 2 Jun
- Erra Dan Ziela Sudah Seperti Anak Sendiri
- Dato' Siti Nurhaliza Perjelas Isu Persembahan Di Kelantan
- Umie Aida Tempelak Abby Abadi
- Dato’ siti Nurhaliza Maafkan Pihak Yang Hentam Pakaiannya
- Kontroversi Afiq Muiz Tarik Perhatian Shila Amzah
- Wajah Terbaru Sharifah Aini
- Persembahan Dato' Siti Nurhaliza Di Kelantan Cetus Kontroversi
- Suhaila Tak Boleh Tinggalkan Tabiat Buruk - Jimmy Shanley
- Shajiry Nikah 1 Jun
- "Isu Rujuk Norman & Abby Tidak Benar" - Memey
- Nazril Idrus Wakli Malaysia Dalam 'The Apprentice Asia'
- 'DwiHati' Kolaborasi Unik Aizat & Yuna
- "Biarlah Saya Cari Pasangan Di Jannah" - Jimmy Shanley
- Saiful Apek Diarah Bela Diri


