Program realiti lawak popular, 'Maharaja Lawak Mega 2012' bakal menggegarkan Kuala Terengganu pada malam ini yang akan bersiaran secara langsung dari Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Gong Badak Kuala Terengganu pada jam 10 malam. 

Pemilihan Kuala Terengganu sebagai lokasi persembahan pada minggu ini adalah bersempena tahun melawat Terengganu 2013. 
 
Menyusul pada minggu depan pula iaitu 11 Januari 2013, program yang dikendalikan oleh Dato' AC Mizal ini akan berlintas langsung dari Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. 
 
Kemuncak kepada program ini adalah pada 18 Januari 2013 di mana Johor Bahru dipilih sebagai lokasi peringkat akhir yang akan diadakan di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, Johor. 
 
Pastinya, saban minggu peserta yang tinggal berjaya menggeletek penonton baik di rumah mahupun di dewan. Aksi-aksi bersahaja dan lawak spontan mereka turut menambat hati juri tetap.