Penyanyi lagu 'Kembali Senyum', Izwan Pilus telah mengembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Ampang akibat jangkitan kuman di paru-parunya pada jam 6.15 petang tadi.
Perkara itu disahkan adiknya, Aril, bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesejnya Twitter.
Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.
Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.
Alfatihah daripada MH Online buat seluruh keluarga allahyarham.


