Selepas dikenali sebagai pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah mengembangkan kariernya dalam bidang politik pula. Difahamkan, Irwansyah telah menawarkan diri untuk pemilihan wakil ketua daerah Tangerang.

Bagi meraih undi penduduk Tangerang, Irwansyah, 26, giat berkempen di 29 kawasan di daerah itu dan jika berjaya, dia bakal bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 2013.

Ini bukanlah percubaan pertama Irwansyah untuk terlibat dalam bidang politik kerana sebelum ini dia pernah mencalonkan diri untuk menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) dari Parti Indonesia Sejahtera. Namun percubaan itu gagal kerana tidak memenuhi syarat kemasukan DPR RI.