Universiti Teknologi Mara bersama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan Festival Filem dan Video Pelajar ke sembilan (FFVPM9) dari  21 hingga 23 Jun 2012.

Bertempat di kampus induk Shah Alam, festival tahun ini bagaikan 'sireh pulang ke gagang' bagi UiTM yang pernah menganjurkan FFVPM yang pertama pada tahun 2003.

Bertemakan 'Anjakan ke Arah Transformasi', festival ini dilihat bakal menjadi salah satu pemangkin ke arah perubahan yang positif dalam penghasilan karya lebih kreatif dan melahirkan generasi cendekia filem yang bersedia menerima transformasi.

Sepanjang tiga hari festival ini, pelbagai program telah diatur termasuk seminar tentang pembikinan filem dan video serta pameran.

Selain itu, festival ini turut mempertandingkan beberapa kategori seperti;  

1. Kategori filem/video pendek
2. Kategori filem/video dokumentari
3. Kategori filem/video eksperimental
4. Kategori filem/video animasi
5. Kategori filem/video iklan
6. Filem / Video Hebahan Khidmat Awam (PSA)
7. Video Klip (Music Video)

Boring penyertaan perlu dihantar ke alamat:

Urusetia (Jawatankuasa Penyertaan & Penjurian)
Festival Filem dan Video
Pelajar Malaysia Ke-9 (FFVPM9)
Fakulti Filem, Teater dan Animasi
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Blok 6, Jalan Pulau Angsa U10/14
40150, Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

(u.p: Dr. Mahadi Jermadi Murat / Hj. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah)
Tel: 03-7962 2410 / 2414
Faks: 03-7962 2405

Laman Web: http://ffta.uitm.edu.my/v1/home/ffvpm9
 
Tarikh terakhir penyertaan ialah 31 Mei 2012.

Upacara penyampaian anugerah akan diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, pada 23 Jun 2012.