Kejayaan teater 'Cuci The Musical 1 & 2' yang lalu mendorong penerbitnya yang juga aktor popular Hans Isaac mementaskan kembali teater tersebut bagi musim yang ketiga pada Mac ini.

Meskipun penerbitnya masih merahsiahkan nama baru yang menggantikan tempat Adibah Noor, menerusi status Dina Nazir di laman Twitter miliknya seolah-olah memberi jawapan kepada persoalan tersebut.

Jika benar seperti yang dinyatakan itu, tahniah daripada MH Online buat dua pelakon berbakat ini yang juga penyampai radio Era FM, Dina Nazir.

Sebelum ini, bakat lakonan Dina di pentas teater mendapat pujian ramai menerusi teater 'Dreamgirls' pada Julai tahun lalu.