Bekas bintang program realiti TV Akademi Fantasia 2 (AF2), Bob mengambil keputusan tidak mahu lagi dikenali sebagai Bob AF. 

Menurutnya, dia tidak mahu menggunakan nama Bob AF kerana menganggap gelaran itu sudah tidak relevan dengan program realiti TV dan kerjaya yang diceburinya ketika ini.
 
MH difahamkan, penyanyi, pengacara dan pelakon berbakat besar ini mahu dikenali sebagai Bob Yusof. 
 
Bob akan muncul dalam filem kedua lakonannya berjudul Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios yang akan mula ditayangkan  di seluruh negara mulai 1 Mac ini.