Kumpulan trio, '3 Suara' yang terdiri daripada Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah dikatakan bakal mengadakan konsert khas di Esplanade, Singapura pada November tahun ini.

Tawaran daripada pihak pengurusan Esplanade merupakan satu peluang besar untuk mereka mengembangkan lagi jenama '3 Suara' ke luar negara.

Dalam pada itu, selepas kejayaan Beribu Sesalan, trio tersebut akan muncul dengan single seterusnya yang berjudul 'Semua Isi Hatimu'.