Pelakon veteran yang terkenal dengan watak M dalam filem James Bond, Judi Dench dilaporkan sedang berusaha untuk menyelamatkan penglihatannya yang semakin teruk.

Dench, 77, mengalami penyakit yang dipanggil 'macular degeneration' yang boleh mengakibatkan buta. Penyakit ini telah menyebabkan kesukaran untuknya sehingga terpaksa mengharapkan bantuan seorang pembantu untuk membaca skrip-skrip lakonan.

Selain terkenal dengan watak M dalam filem James Bond, Dench juga pernah memenangi Anugerah Academy menerusi lakonan mantapnya dalam filem 'Shakespeare In Love'.