Pelakon 'Tali Pocong Perawan 2', Nikita Mirzani menyatakan persetujuan untuk menjadi model bagi majalah lelaki popular Amerika Syarikat, Playboy.

Malah, aktres seksi ini mengakui sudah menerima bayaran pendahuluan daripada majalah tersebut.
 
Sebagai persiapan untuk penggambaran tersebut, Nikita juga telah melakukan pembedahan hidung agar kelihatan mancung dan seksi.
 
“Pembedahan hidung ini sudah tentu untuk cantikkan wajah saya. Biar lebih mancung,” kata Nikita.
 
Selepas menerima tawaran tersebut, Nikita merasakan dia sangat bertuah kerana dapat bergambar dalam majalah ternama di dunia.