Satu ketika dulu, khabar mengatakan bahawa Mariah Carey dan Whitney Houston tidak sebulu dan mempunyai hubungan yang tidak baik ketika berduet dalam lagu 'When You Believe'.

Namun suami kepada Carey, Nick Cannon berkongsi kesukaran yang dialami oleh isterinya ketika berhadapan dengan kematian Houston pada 11 Februari lalu. Ini kerana, dia mengetahui isterinya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Whitney.

"Pada masa yang sama saya di hospital ketika kami mendapat berita tersebut. Saya berada dalam keadaan nyawa terancam dan apabila perkara tersebut berlaku, ianya agak menakutkan dan sedih. Namun ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita dan ia membuatkan kita lebih menghargai setiap hari yang kita lalui," ujar Cannon yang ditemuramah oleh Saluran E!

Cannon sebelum ini telah dimasukkan ke hospital berikutan ketulan darah ditemui di paru-parunya dan terdapat ventrikel di sebelah kanan jantungnya. Sejak kejadian tersebut, Cannon telah meletak jawatan sebagai hos di stesen radio Now FM.