Selepas berjaya dalam bidang peragaan, model terkenal Kate Moss telah melebarkan sayap dengan mencuba nasib sebagai DJ untuk parti-parti eksklusif di Eropah.

Selepas menunjukkan bakatnya di majlis yang dianjurkan oleh rumah fesyen Prada, bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh Kate telah mendapat pujian daripada beberapa individu berpengaruh dalam bidang muzik.

Difahamkan Kate mengenakan bayaran sebanyak USD380 ribu untuk persembahan selama 30 minit. Lebih menarik, Kate hanya memainkan muzik yang disukainya tanpa melayan sebarang permintaan daripada orang lain.