Selepas kejayaan ‘Autumn Di Hatiku’ dan ‘Sweetheart Fantasia’ portal Tonton sekali lagi menawarkan sebuah siri web terbaru berjudul 'Dan Calonnya Adalah...' yang diterajui oleh Faralyna Idris, Anding Indrawani, Maria Tunku Sabri, Kim Jin Sung (pelakon Korea), Harris Alif (Idola Kecil) dan Anas Ridzuan (Liga Lawak). 
 
Siri yang disiarkan bermula 12 Disember lalu tampil dengan episod harian bermula Isnin sehingga Jumaat setiap minggu seawal jam 12 tengah hari.
 
'Dan Calonnya Adalah...' mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan Haris (lakonan Anding Indrawani), anak kepada rakan ibunya. Katrina mulai mengatur temujanji dengan jejaka pelbagai ragam dalam misi mencari calon suami yang sesuai.
 
Dengan bantuan rakannya Shai (lakonan Janna Nick) serta agensi mencari jodoh yang dimiliki oleh Cik Pooja (lakonan Susan Lankester), Katrina perlu berhadapan dengan karenah 14 jejaka. 
 
Adakah Katrina berjaya temui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihan hatinya direstui oleh ibunya, Puan Kamariah?
 
Saksikan 'Dan Calonnya Adalah...' menerusi portal video dengan episod baru pada setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 12 tengah hari di www.tonton.com.my/dancalonnya.