Filem 'Lari', arahan terbaru pengarah Ahmad Idham yang menelan belanja pembikinan sebanyak RM2.5 juta tampil dengan pakej yang hampir sempurna.

Mengangkat isu pemerdagangan manusia sebagai subjek utama, filem ini tampil dengan jalan cerita yang cukup menarik, skrip yang bagus, barisan pelakon yang tepat dan tenaga kru terbaik.
 
Ahmad Idham yang menjanjikan ‘Lari’ sebagai filem aksi yang 'benar-benar aksi' tampil dengan kejutan yang begitu memberangsangkan. Penonton tentunya puas dengan syot-syot menarik dari babak aksi terbaik yang ditampilkan seperti pergaduhan dan letupan kereta serta bot. Malah, khidmat pelakon lagak ngeri dari Thailand turut digunakan untuk memberikan kesan aksi yang lebih mantap.
 
Aaron Aziz yang kali terakhir muncul dengan filem aksi melalui ‘KL Gangster’ ternyata serasi dengan watak Khalif yang menuntut kerja keras daripadanya. Menolak untuk menggunakan pelakon lagak ngeri untuk setiap babaknya, aktor ini membuktikan kemampuan beraksi dengan begitu baik dan seterusnya memainkan peranan penting kepada perjalanan keseluruhan cerita.
 
'Lari' mengisahkan Khalif (Aaron Aziz) mendapat berita yang mengejutkan di mana bapanya telah mati dibunuh dan adik perempuannya, Ina (Erin Malik) telah dilarikan oleh sindiket penyeludupan manusia.
 
Dia mula menyiasat dan cuba menjejak mereka yang bertanggung jawab ke atas kejadian tragik yang menimpa keluarganya. KJ (Ery Putra) tidak menyenangi kehadiran Khalif di kampung, kerana masih berdendam dengan Khalif. Apatah lagi isterinya, Maya (Dira Abu Zahar) yang bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga Khalif cuba untuk membantu bekas kekasihnya itu. Khalif bertemu dengan Taugeh (Hazama) yang kemudiannya menjadi rakan yang sudi membantunya mencari mereka yang bertanggungjawab.
 
Berjayakah Khalif di dalam misinya? Apakah yang sebenarnya yang terjadi kepada adiknya? Dapatkan jawapan dengan menonton filem aksi terbaik terbaik Excellent Pictures ini di pawagam yang berdekatan mulai 6 Jun 2013 ini.
 
PERADUAN FILEM LARI 
 
Filem: Lari
Tarikh: 3 Jun 2013
Tempat: GSC, Midvalley Megamall
Waktu: 7.15 malam
 
Kepada peminat yang ingin menonton filem 'Lari' secara eksklusif bersama Media Hiburan dan pelakon-pelakon filem ini pada 3 Jun depan, jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan edisi 25 - 31 Mei. 
 
Poskan borang penyertaan yang telah lengkap diisi ke alamat yang disertakan atau emelkan jawapan beserta (Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Alamat Lengkap dan No. Telefon) ke emel: wawanna @gmail.com sebelum 1 Jun 2013.
 
(Tiket sumbangan Excellent Pictures Sdn Bhd: Terima Kasih Azwan & Jaja)
 
Setiap pemenang layak menerima dua tiket untuk menyaksikan tayangan filem ini.