Bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua, Adam bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon Fiza Elite pada 26 September ini.
 
Memetik laporan Berita Harian, pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahan di Pejabat Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam pada jam 10 pagi.
 
Sebelum ini, Fiza mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga semula Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.
 
Ini adalah perkahwinan pertama Adam dan yang kedua bagi Fiza yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.